Malaysia vs Vietnam : Motivasi buat Harimau Malaya (FIFA World Cup Qatar 2022 & AFC Asian Cup 2023

0 Просмотры
Издатель
Malaysia Perlu Menang Pada Dua Baki Perlawanan Terakhir

Malaysia tiada pilihan lain kecuali mencatatkan kemenangan pada baki dua perlawanan terakhir menentang Vietnam dan Thailand sekiranya mahu menjadi di antara 12 pasukan yang layak ke pusingan akhir saingan Piala Asia 2023.

Saingan Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023 Masih Terbuka - Berdasarkan kedudukan terkini carta kumpulan G saingan kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023 meyaksikan peluang masih terbuka buat pasukan Vietnam, UAE, Thailand dan Malaysia bagi merebut slot ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022 dan pusingan akhir Piala Asia 2023.

Peluang Malaysia Mara Ke Pusingan Akhir Piala Asia 2023

Malaysia masih berpeluang merebut slot ke pusingan akhir Piala Asia 2023 dengan syarat Harimau Malaya perlu bangkit dan mempamerkan prestasi terbaik serta semangat juang yang tinggi pada baki dua perlawanan terakhir bagi mendapatkan enam mata kemenangan ke atas Vietnam dan Thailand.

Malaysia Mampu Menewaskan Vietnam Bagi perlawanan ke-7 kumpulan G pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023, menentang Vietnam merupakan satu tugas besar bagi Malaysia untuk meraih kemenangan. Namun itu bukanlah halangan, yang penting usah gentar dengan prestasi dan status semasa pasukan Vietnam yang kini selaku pendahulu kumpulan G tanpa sebarang rekod kekalahan setakat ini.

Harapan Peminat Dan Penyokong Setia Skuad Harimau Malaya

Peminat dan penyokong setia skuad Harimau Malaya pasti meletakkan harapan yang tinggi agar Malaysia berjaya merealisasikan kemenangan pada baki dua perlawanan terakhir menentang Vietnam dan Thailand kerana perolehan enam mata ke atas kedua-dua pasukan ini menjadi penentu sama ada Malaysia akan layak pusingan akhir Piala Asia
Категория
Приключения
Комментариев нет.
Яндекс.Метрика